welcOme


Monday, February 14, 2011

~ Dia Kekasih Allah ~




malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih allah
kerana dia insan yang mulia
sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
didalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang ummat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga didunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku ditaman syurga

ya rasul
kurindu padamu
syafaatkan daku
ya rasul
ya rasullullah
kurindu padamu

sesungguhnya apa yang kudambakan
adalah cinta Allah yang Esa
kerana cinta kepada Rasullullah
bererti cinta kepada Allah

No comments:

Post a Comment