welcOme


Wednesday, February 23, 2011

~hak seOrang anak~


selamat ceria semua..harini I tertarik dengan artikel ini yang I baca dari ILUVISLAM..keja cam I ni memang always selalu ada masa untuk membaca,(maaf nOh pakar bahasa..dalam blOg ni I memang suka + + bahasa..1 Malaysia wat..hik! ) mana yang baik mari kita sama2 amalkan yang x baik tu jgn diikut-ikut lak..

**********

Ok..da stOry begin...

**********

'Hak', 

hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.
Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.
Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.
Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.
Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.

Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..

Sabda Rasulullah saw :

" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

  •  Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.

Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).

Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.  

pernah x tgk cerita yang terpuji di TV3 masa maulidulrasul aritu..xtgk..?..see this videO...





  • Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).
Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.
Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).
Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.
Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.
Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.

********


 Sabda Rasullullah saw :

 "Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari." 

  • Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya. 
Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.
Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.

  • Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.
  • Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.
  • Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.
  • Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan. 

Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."
Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.
Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.


Wahai ayah dan ibuku,

Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beriadah bersamamu..Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka,Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat..wahai ayah dan ibuku pastikanlah ilmu fardhu ain daku sempurna dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji dan nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji..Tanamkan rasa kecintaan kepada tuhanku dan kehambaan di dalam hatiku...suburkan kecintaanku kepada Allah didiklah daku dengan sunnah Rasullullah saw bimbinglah daku wahai ibuku..wahai ayahku..didiklah dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna latihlah dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran ingatkanlah daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia ini akhir sekali ibu dan ayahku doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah,doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.InsyaAllah..amin.


sekian,yang buruk itu dari I dan yang baik itu hanya dari Allah swt..

pengarang: Nuraima Shameera Abidin 
edit by:  mizah_86

salam sayang,jaga diri,hiasi peribadi..

~ Ikatan kasih ~


Tetiba nak rajin lak update blOg ni..(kebetulan xmen Fb ja klu x malas gak nk update blOg,biar bersawang baru gOtOng-rOyong bersihkannya..:p ) admin2 yang lain agak busy even yang suruh buat blOg ni pOn quit busy…xpa2..I memahaminya..I leh jer nak update..kalau ajin & internet okla..kasi cita kat I bab I ni lemah nak wat ayt2 ni..blOg org len bukan men lagilah ayt tersusun musun..Ops! bahasa apakah I guna ni..??hakhakhak..watever…silalah wat2 paham apa yang I ckap erk..

*********   

 Dah baca tajuk..?apalah ikatan kasih tu..kasih antara sapa lak..eh2!..ni kisah family I kan Of kOslah Ikatan kasih family I bukan Ikatan kasih antara Ayu Raudah ngan Zakuan (adikku,sila jgn perasan klu baca blOg ni..hahaha..) Ikatan kasih tu saja ja I guna.sebenarnya tOpik entry kali ni adalah family day..alkisahnya malam tadi masa nak Ofline En husni anknya Hj Said pOstkan gmbar ni….-->>

banner ikatan kasih II kah ??


Haa..mcam2 kOmen ada kat kump ahli2 familyku tersinta yang I wat x lama dulu dalam FB I…hehehe..lawaklah bila pakat2 dOk cuit2..kalau mak chu yati ada ni lagi meriah dOk cuit smpai pagila..dengan En Kirin yg suka gelak “hahahhaha” dengan sOra yang machOnya..(jap lgi En Kirin pasti senyum dipuji machO..alamak!terlebih sudaa..) disahut plak Oleh En Muni  dengan sOra yang alaa..”encemnya”..dan lain2..meriah betul..hehehe..bahagia hidup eh..!


Ok,sila balik ke pangkal jalan,yang nak cerita kat sini tentang ikatan kasih aka family day Hj AyObRahmah.kalau dulu family day yang pertama telah dijayakan dengan jayanya dan diadakan di Pantai Merdeka Beach ResOrt,Sg Petani..kali ni kat mana plak..

Merdeka Beach resOrt
Disini mungkin??


Atau Mungkinkah disini??

ataupun disinikah..?

KCP..

Macam2 acara yg telah dijayakan antaranya -- >>

panaskan badan
tiup belOn smpai pecah~
bila nak kembang ni dik..
bOwling nyOq

selain dari bersuka ria..berhepy-hepy..bergelak-gelak..ada gak pengisian rOhaniah untuk saham akhirat kelak..InsyaAllah..antaranya ceramah yang disampaikan Oleh…-- >

pak lang Mud..tQ,jasamu dikenang!



pendengar setia
selain dari itu,acara masak memasak telah dijayakan dengan jayanya Oleh En2 dan Pn2 dan Cik2 yg rajin (yg x rajin tu sila tambahkan kerajinan anda,sbb anda akn beruntung dek kerana kerajinan anda,pesanan ikhlas dri penaja.) best acara camni santai jer..makan kat tepi laut..lepak tepi laut gak..tepi ja la tgh laut x sanggup lak..hehe..

cucu-cucu Hj AyOb

meh mkn..

masa nak datang ke resort tuk family day ni masing2 datang dengan haluan masing2..xdalah kOnvOi2..kan best kalau kita wat jauh2 n then kita wat mcam dalam video ni..best kan..( ni aku berangan masa kecik2 dulu,masa tu gila arr ngn Hindustan ni..) ->
layan jap!


Semua orang adalah Orang yang sangat berjasa dan Berjaya dalam menjayakan family day ni.Alhamdulillah..syukur nikmat..kepada tuhan yang memberi rahmat..semOga nanti familday yang kali kedua nanti akn lebih meriah..yang x dapat jOin aritu hOpe sgt leh jOin ramai2 meriahkan acara.

Org2 kUat daa...
meeting
semOga kali ni familday akan lebih meriah..bOleh lagi santai2..macam dulu..miss that mOment!!

santai jap!

ni pic cucu2 ja..nice kan..?


Oklah..sekian dulu crita kami untuk hari ini..InsyaAllah ada masa I cita lagi..dOakanlah semOga usaha kami untuk merapatkan lagi hubungan antara kami diberkati Allah....kasih dituai..ukhwah disemai ..InsyaAllah..


salam sayang,jaga diri hiasi peribadi
mizah_86


Tuesday, February 22, 2011

~ Sayangilah Orang Tua Kita ~

mulakan dengan bismillah

 alkisah.................
 
 *************

  Ada sebatang pohon mangga.(aka pelam) Daunnya rimbun, sarat berbuah sepanjang tahun. Seorang anak kecil sangat senang bermain di pohon mangga setiap harinya. Memanjat ke puncak pohon, merayap ke dahan, dan memetik buahnya. Kemudian meluncur turun bersandar di batang pohon dan terlelap dalam kesejukan naungan daun yang rimbun. Ia mencintai pohon mangga itu dan demikian pula pohon mangga itu kepadanya.
Waktu berlalu dengan cepatnya. Anak kecil itu tumbuh menjadi remaja. Dia tidak lagi suka bermain-main dan tentunya jarang mendatangi pohon mangga itu.


ini ialah pohon mangga..


Sampai suatu hari si remaja menghampiri pohon mangga dengan wajah muram. Pohon mangga menyambutnya dengan gembira:
"Mari bermain seperti dahulu".
"Saya bukan anak-anak lagi, saya sudah remaja, sudah tidak senang bermain".
"Lalu apa masalahmu. Katakanlah, mungkin saya dapat menolongmu," pohon mangga membujuk.
"Begini, saya ingin mempunyai kecapi yang merdu untuk menghibur kekasihku," si remaja ini mengutarakan kemusykilannya.
"Oh, itu mudah, petiklah buahku, kemudian juallah untuk memperoleh wang. Maka engkau dapat membeli kecapi yang merdu".
Si remaja itu bangkit semangatnya. Dipetiknya buah mangga itu sampai tak bersisa. Pohon mangga tampak gembira, kerana telah mengeluarkan si remaja itu dari kesusahannya.


buah mangga..yg dipetik..
Suatu hari remaja itu datang lagi ke pohon mangga. Bergembiralah pohon mangga memanggilnya untuk bermain.

"Saya tidak punya waktu untuk bermain, saya telah dewasa, telah beristeri,"
ujar remaja yang telah dewasa itu.
"Lalu kesulitan apa pula, boleh jadi saya dapat menolongmu lagi," kata pohon mangga. "Begini, saya membutuhkan rumah tempat tinggal". Belum sempat pemuda dewasa itu mengakhiri kalimatnya, pohon mangga menyela:
"O, mudah pangkaslah semua dahan, dan cabang batangku, cukuplah itu untuk mendirikan rumah. Pemuda itu lalu memangkas. Maka tinggallah pohon mangga seperti tonggak, hanya batang tanpa dahan, cabang, ranting bahkan daun. Tumbuh tidak, matipun tidak.


tinggallah pokok yang dh tiada buah..
Waktu berlalu, datanglah si pemuda itu ke pohon mangga yang sudah menjadi tonggak.
"Boleh jadi inilah yang terakhir saya minta nasihat kepadamu. Saya sudah menjelang manula. Aku ingin menikmati hari tua, berlayar di danau. Bagaimana mungkin saya mendapatkan perahu,?"
"Tebanglah batangku pada pangkalnya, buatlah perahu", kata akhir pohon mangga.
Kini pohon mangga yang dahulu berdaun rimbun, berbuah lebat, hanya tinggal akar-akarnya saja yang tersembul sedikit di atas tanah.
Musim dan tahun berganti. Laki-laki yang sudah tua renta itupun datang kembali. Yang diinginkannya hanya sekedar melabuhkan dirinya berbantalkan akar pohon mangga.
Pohon mangga ibarat kedua orang tua kita. Ketika kecil kita senang bermain dengan mereka. Tatkala dewasa, kita tinggalkan beliau berdua, hanya datang bila dianggap perlu. Padahal bagaimanapun keadaan mereka, orang tua tetap akan memberikan segalanya kepada kita. Selayaknyalah kita mendoakan kedua orang tua kita
*******
penulis : Conan                       
  edit by: mizah_86

Saturday, February 19, 2011


Malam  ni dah banyak sangat masa abis dengan membaca artikel2 dan bLog2 yang best2..pndai kan ampa semua buat tu....terbuai-buai lak perasaan ni bila membaca artikel pasal dulu-dulu..kenapalah erk masa tu aku ni buta IT..ish..kalaulah dari dulu aku ni pandai tentu aku dapat mencipta mOmentun2 yang bahagia yang dapat memberikan senyuman di mata ampa pembaca bLog ni saat ni..
Fesbuk aku masih On..dah xtaw lak apa aku nak buat…dah sangt bOsan..kdg2 terpikir..kenapalah Org lain x bosan..agaknya sebb aku ni bnyk masa yang aku x isi kOt..nk aku tulis blog ish...nak karang ayat pOwer mawer memng aku ni fail even ramai kata aku ni pndai ckap..pndai ckap cmna aku sendiri xpasti..agaknya bab membebel jer kOt aku ni pndai..hakhakhak..;p


     gambr di atas bukan aku..hahaha..

Blog ni aku sesaja ja aku wat..konon nak bagi celik IT la kononnya la..tapi mcam x celik2 gak ni..rabun lagi ni..hakhak..pasni kena pakai permata hijrah la kasi clear sikit mata hati..haha..nak gak aku ikut Orang wat blog even xpandai..kira aku still baru nak jinak2 ayam arr ni…camna lak jinak2 ayam tu erk..haaa..carik sendirik arr..kihkihkih…



 ni baru jinak ayam..tarik guna tali ja..

Apa  mOtif aku wat blOg ni..sebenarnya aku ingt nak upload pic2 n cita sal family aku jer..aku ni xrajin cam Org len jadi aku kasi tuk Org len sekali tOlOng update..nanti2..anak2 kami dah besar..dah ada cucu cicit..lehla ramai2 tgk..masa tu depa lak terbuai2 perasaan diulit kenangan lama macam aku bila baca blOg yang org tu tulis..

Series aku ni memang fail bab nak mengarang ayat2 puitis2 cintan cintun dan bla..bla..even aku ni amik sastera dulu..ish..sian cikgu aku..xdapat dia berbangga ngan aku kan..maap cikgu..huhu…

Malas aku nak cakap bnyk entry aku kali ni just nak bagitaw yang aku wat blOg ni tuk ank cucu cicit aku jek..maksud aku tuk family aku..family yang lahir dari tOk wan aku..hj Ayob n isteri tercinta..tapi aku xda lak cakap Org len xleh baca..ampa jangan gelakkan aku erk..aku baru nak belaja ni..dulu buta It skrg ni dh rabun..pasni cerah la kot…dOa2 la noh..hehe….


inilah family hj Ayob & hjh Rahmah..



p/s: sekadar bosan2..jgn marah yer guna "aku" ...hihi..;) senyum selalu..jaga diri hiasi peribadi..aku dh ngtOk..nite!!