welcOme


Wednesday, March 30, 2011

tak tahu nak tulis tajuk

assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah..puji-pujian bagi Allah..yang menjadikan alam ini serba indah dengan kabus-kabus di bukit-bukit pada pagi hari ni dan juga syukur sebab pagi ini masih lagi dipanjangkan umur OlehNya..wahh..bagus giler ayat I..hehe..dah macam nak buat ucapan aka karangan..dah lama x buat karangan..ketagih la kOt..hehe..:) entry kali ni I cuma nak uplOad videO...videO ini I edit malam tadi..sebelum tidO..saja main-main tepOn..ntah camna tangan ni gatal p edit2..kan best klu I ni pndai bab IT,edit gmbar..hehe..sebab I tgk kwn I buat keje tadi..macam senang je buat laman web..mana taw ada rezeki..pakatan haji AyOb ni kan ramai anak cucu cicit....dan nanti bila dah ramai yang dah x buta IT..pastu masa tu family Hj AyOb ni ada laman web sendiri..siapa tahu masa akan datang..InsyaAllah..One mOre thing..lagu dalam videO ni mungkin agak kurang sesuai tapi masa tu dalam hP I just ada lagu tu je yang bOleh utk edit..sO hOpe enjOy with it!..pada yang "ter" singgah di blOg "ikatankasihayobrahmah" ni kami mengharapkan anda semua mendOakan kebahagiaan kami sekeluarga..harapan kami yang jauh dapat kami dekat-dekatkan..yang dekat kami erat-eratkan..semOga anda semua yang mendOakan kami juga berOleh kebahagiaan dunia akhirat..InsyaAllah..apa lagi jOm kita tgk videO ni..



--->>>>>>>>





---->>>>>>>>

 alamak..videO yang I edit bersama gambar2 xdapat nak uplOad lah pagi ni..dah hampir dua jam ni..hmm..FRUST!..tapi xpala..xda rezeki tuk kOrang tgk..maklumlah videO xda high klas..huuhu..sekian entry tuk kali ni..InsyaAllah..umur kami panjang..maka akn berjumpa lagi..insyaAllah..:) 

jaga diri hiasi peribadi
mizah_86


meh kita dGr cerita..

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.

Tamu: “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak tua?”
Pak Tua: “Bosan adalah keadaan di mana fikiran menginginkan perubahan, mengharapkan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutin hidup dan keadaan yang sama dari masa ke masa.”
Tamu: “Kenapa kita merasa bosan?”
Pak Tua: “Karena kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”
Tamu: “Bagaimanakah menghilangkan kebosanan?”
Pak Tua: “Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”
Tamu: “Bagaimanakah mungkin bisa menikmati kebosanan?”
Pak Tua: “Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”
Tamu: “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza-beza, Pak Tua.”
Pak Tua: “Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinmu maka kebosanan pun akan hilang.”
Tamu: “Bagaimanakah menambahkan hal baru dalam rutin?”
Pak Tua: “Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cubalah menulis sambil membongkok atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kerusi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menelefon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya.”
Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi Pak Tua lagi.
Tamu: “Pak Tua, saya sudah melakukan apa yang Pak Tua sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”
Pak Tua: “Coba lakukan sesuatu yang bersifat keanak-anakan.”
Tamu: “Contohnya?”
Pak Tua: “Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu.”
Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.
Tamu: “Pak Tua, saya melakukan apa yang Pak Tua sarankan. Di setiap waktu lapang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa boleh berlaku demikian, Pak Tua?”
Sambil tersenyum Pak Tua berkata: “Kerana segala sesuatu sebenarnya berasal daripada fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu yang berfikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar fikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari fikiran. Berfikir bosan menyebabkan kamu bosan. Berfikir ceria menjadikan kamu ceria.”

"its abOut yOur mind"
mizah_86

Tuesday, March 29, 2011

~apa khabar jOdOhku~


Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan selesai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :) 




jaga diri hiasi peribadi
  hehehe..sekian..edit by :mizah_86

Monday, March 28, 2011

kelebihan basmallah...

Mukjizat di sebalik BASMALLAH :

BASMALLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BASMALLAH

1.Yang pertama ditulis qalam adalah BASMALLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BASMALLAH pada awalnya kerana BASMALLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Malaikat Jibrail a.s.

2.Firman Allah s.w.t dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : "BASMALLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BASMALLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BASMALLAH diturunkan kepada Adam."

3.Tatkala BASMALLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BASMALLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BASMALLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BASMALLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BASMALLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga Neraka ada 19 Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 Malaikat Neraka maka bacalah BASMALLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BASMALLAH ada junnah (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BASMALLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BASMALLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah s.a.w. yang bermaksud : "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."
 
 
 
edit by : mizah_86

nak lagi update~..hik!


Ok...skrg meh kita tgk pictures2 yg I ada simpan..huhu..imbau kenangan~~..lalalalalla...
 
         
ni herO2 kesayangan kami..!


    


ni plak kebanggaan kami..pada yg dh tiada Al-fatihah buat mereka        

 
sO sweet kami kan..ahaks!
    







                                          
kamilah bakal pewaris tOk & tOkwan..

dah lama x update~



malam ni rasa nak berpantun setelah membaca buku..jOm sama2 layan..hehe....

layan lagu insyaAllah maher zain dulu-->>>>>>.





mari kita berpantun tentang kejayaan....supaya kita semua berjaya..dlm hidup kita dunia dan akhirat...insyaAllah..

Pergi melancOng ke Andalusia
Bawa bersama rakan sebaya
Mahu cemerlang ada rahsia
Tekun berusaha insyaAllah berjaya

kalau berburu ke padang datar
mendapat rusa berbelang kaki
kalau berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi


pulang memburu di kala malam
bawa pelita suluh cahaya
panduan berguru kitab dan kalam
pasti usaha mencetus jaya


Pergi melancung ke Andalusia
Bawa bersama rakan sebaya
Mahu cemerlang ada rahsia
Tekun berusaha insyaAllah berjaya

anak kambing mati tercekik tulang ikan haruan
anak kerbau ketawa mengilai-ngilai sambil baca akhbar
rajin usaha tangga kejayaan
nanti nama masuk akbar...hehehe...:)


langkah diteruskan menepis halangan
godaan cabaran jadikan peringatan
Usaha itu tangga kejayaan
itulah kemanisan dalam perjuangan
 

Hang Tuah dikenang sejak berzaman
Penglipur lara sejarah lama
Kuatkan tekad penuh keazaman
Kejayaan pasti akan menjelma


Daun palas di atas mayang
Orang ikhlas Allah pun sayang.. ;)



sekian~..jaga diri..

Wednesday, March 2, 2011

~Amalan-Amalan Dalam Islam ~



LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

Mandi setelah makan.
Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
Berada dalam keadaan terl alu lapar.
Berjaga malam selain dari qiamullail.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

 
Memakan daging.
Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT 

Bercakap banyak.
Tidur banyak.
Makan banyak.  

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN 

Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT 

Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk. 

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL 

Tinggalkan dari bercakap kosong.
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, 
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG 

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN
DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN 

Melihat pekara-pekara yang haram.
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

 
Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADANSEBOLEH-BOLEHNYA
JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
Selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah-buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. 

Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,
supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR 

Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI 

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
Merosakkan warna kulit.
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR 

Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
Hindarkan dari tidur lewat malam.
Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA 

Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG 

Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA  PENGLIHATAN

Melihat kepada benda-benda kotor.
Melihat kepada palang/salib.
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
Banyak menangis.






jaga diri hiasi peribadi..
salam sayang mizah_86

Tuesday, March 1, 2011

serOnOk !!

assalamualaikum..



harini berpeluang belajar dan menambahbaik blogspot ikatankasihayobrahmah...Alhamdulillah..ni pOn I belajar dri kawan yang pernah sekursus ngan I..terima kasih yer Pn Nana..




http://arianarazi.blogspot.com



tu adress blOg dia..ajin2 tgklah..nice kan....




InsyaAllah nak jugak I jadikan blOg kita ni cantik...u all kalau pandai dan taw tu jGn wat diam jek...pm I kasi emel n paswOrd..tapi dah ada yg taw kan...sO ape g..jOm meriahkan wall ni sama2...mOh kiter..!!