welcOme


Monday, March 28, 2011

dah lama x update~



malam ni rasa nak berpantun setelah membaca buku..jOm sama2 layan..hehe....

layan lagu insyaAllah maher zain dulu-->>>>>>.





mari kita berpantun tentang kejayaan....supaya kita semua berjaya..dlm hidup kita dunia dan akhirat...insyaAllah..

Pergi melancOng ke Andalusia
Bawa bersama rakan sebaya
Mahu cemerlang ada rahsia
Tekun berusaha insyaAllah berjaya

kalau berburu ke padang datar
mendapat rusa berbelang kaki
kalau berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi


pulang memburu di kala malam
bawa pelita suluh cahaya
panduan berguru kitab dan kalam
pasti usaha mencetus jaya


Pergi melancung ke Andalusia
Bawa bersama rakan sebaya
Mahu cemerlang ada rahsia
Tekun berusaha insyaAllah berjaya

anak kambing mati tercekik tulang ikan haruan
anak kerbau ketawa mengilai-ngilai sambil baca akhbar
rajin usaha tangga kejayaan
nanti nama masuk akbar...hehehe...:)


langkah diteruskan menepis halangan
godaan cabaran jadikan peringatan
Usaha itu tangga kejayaan
itulah kemanisan dalam perjuangan
 

Hang Tuah dikenang sejak berzaman
Penglipur lara sejarah lama
Kuatkan tekad penuh keazaman
Kejayaan pasti akan menjelma


Daun palas di atas mayang
Orang ikhlas Allah pun sayang.. ;)



sekian~..jaga diri..

No comments:

Post a Comment