welcOme


Wednesday, June 22, 2011

HAPPY FATHER's DAY.


SALAM SAYANG,
Alhamdulillah, sempat juga menjengah blog nie. Coretan istimewa buat lelaki pertama dalam hidup kita sebagai anak2 khususnya. 
Kerana sayangkan abah,
Seiring azan bergema..
Lekas ana sujud pada-Nya..
Bermohon untuk abah, bermohon untuk mama.
Kerana sayangkan abah,
Ana labuhkan tudung ana..
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada ana.
Kerana sayangkan abah,
Ana tinggalkan jeans ketat..
Ana campakkan tshirt sendat..
Lalu ana pilih pakaian yang mengikut syariat.
Kerana sayangkan abah,
Ana jadikan malu sebagai perisai..
Ana selimutkan diri dengan iman..
Ana pelihara maruah agar maruah abah terpelihara.
Kerana sayangkan abah,
Ana ingin menjadi seorang muslimah..
Ana mengimpikan peribadi yang solehah..
Ana berusaha mencari keredhaan Allah. 
Kerana sayangkan abah,
Ana lakukan semua ini..
Ana mahu abah jadi suami dan ayah yang amanah..
Ana tidak mahu kerana ana abah dipersoalkan di akhirat sana.
Buat BABA + ABAH + AYAH + ABI+ WALID + PAPA + DADDY,,insyaAllah kami anak2 kalian pastinya sentiasa menyayangimu dulu kini dan selamanya. Maaf dipohon andai ada yang tersalah dan tersilap sepanjang kami bernaung di bawah namamu. Semoga ayahanda semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan seterusnya mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat, AMIIN.

1 comment: